Cabaran yang dialami manusia bermacam2 bentuk sepanjang perjalanan hidup. Boleh dikategorikan dlm pelbagai bentuk pada setiap peringkat waktu tertentu. Jadi setiap manusia akan melalui pelbagai ragam permasaalahan sepanjang hidup mereka.
Boleh dikatakan kebanyakan perkara yang terjadi bermula pada titik permulaan dalam sesuatu waktu dalam hidup kita. Cnthnya penghutang yg berhutang dengan ah long bermula apabila dia melibatkan diri dlm perjudian. Jadi perkara yg akan berlaku selepas itu adalah dari hasil yang tercerna dalam sesuatu perbuatan kita terdahulu.
Seorang anak yang tidak menghormati ibubapa mungkin bermula dengan perbuatan ibu bapa sendiri yang tidak ada masa untuk anak sepanjang hidup anak itu. Mungkin juga hasil kesan daripada cara hidup kita yg memberi makanan yang tidak berapa berkat hasil dari sumber pendapatan yang kita buat.
Jadi setiap kita haruslah membuat sesuatu perkara dengan penilaian yang tepat dengan harapan segala hasil nya nanti dapat memberi kita kebahagiaan hidup.
AKAN TETAPI segala ketentuan sesuatu hal dan peristiwa yang terjadi dalam dalam lingkungan kekuasaanNYA. Setiap perkara yang terjadi adalah dengan izinNYA terlebih dahulu dengan ketentuan yang mutlak bagiNYA.
JADI, Sebagai seorang manusia dan seorang muslim, kita seharusnya terikat dengan hukum2 fitrah dan nilai keimanan kepada Allah. Seharusnya usaha perlu dilakukan oleh kita dengan bersandarkan dengan sifat tawakal kepada NYA.
Sekian Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment